Sunday, June 28, 2009

CINTA OH! CINTA...

Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya. FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat
ke[putusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini
sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan
ini adakalanya tersembunyi di sebalik alam bawah sedar kita dan ini amat
menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya.

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang
mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan.
Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang.
Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak
akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan
sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada
sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah
salam di antara kalian." (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke
syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta
adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah, dan asas dalam agama. Cinta
dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah
penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau
melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar
bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.

Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan
menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan dengan
lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia
khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikan makna sebenar
cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

Oleh yang demikian, renungilah sebentar hakikat kehidupan kita di sini.
Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu
sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri." Juga
sabda Rasulullah lagi, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka
hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah." (HR Hakim dari Abu
Hurairah).

1 comment:

Fxyz_Girlz said...

cinta oh cinta...nice sgt..hehe
..luahan hati yg best & cool jer...