Sunday, January 17, 2010

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi TV3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood:-


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.

INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP
SESAMA MANUSIA..."

RENUNGAN BUAT YANG INGIN MERENUNG

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN
dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada
Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak
di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana
WAJAH
mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka
KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu
KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang
yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh
asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah
saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa
(ahli
puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan- kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."

Monday, September 7, 2009

MUKJIZAT disebalik 'BISMILLAH'

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.biarkan dalam inbox anda tanpa
bermanfaat utk org lain..
2.anda sebarkan @ forwardkan pada semua
kenalan anda. sabda Rasulluah, ' siapa
yang menyampaikan satu ilmu dan orang
yang mengamalkannya maka dia akan
beroleh pahala walaupun sudah tiada.... '

Sunday, June 28, 2009

CINTA OH! CINTA...

Setiap individu yang berperasaan pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap insan, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta.

Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka" (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh yang demikian, Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada akidah, juga cinta kepada makhluk, sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai sebahagian tanda dan bukti kekuasaanNya. FirmanNya: "Dan di antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari kalangan kamu sendiri, supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Dan dijadikanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sesungguhnya, yang demikian itu tanda bagi orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Bagaimana perasaan ketakutan, keraguan dan sukar mengambil atau membuat
ke[putusan ini wujud dalam diri seseorang? Ketakutan membuat keputusan ini
sebenarnya telah menjadi sebahagian daripada kita tanpa disedari. Perasaan
ini adakalanya tersembunyi di sebalik alam bawah sedar kita dan ini amat
menyulitkan kita untuk mengesan dan mengatasinya.

Jelaslah bahawa cinta adalah tanda kehidupan rohani dalam akidah orang
mukmin, sama ada dalam kehidupan beragama, bersosial, mahupun kepercayaan.
Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang.
Rasulullah saw bersabda: "Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak
akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan
sempurna hingga kamu saling mencintai. Hendakkah aku tunjukkan kalian kepada
sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah
salam di antara kalian." (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, Rasullulah s.a.w. menegaskan bahawa jalan menuju ke
syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta
adalah syarat dalam iman, rukun dalam akidah, dan asas dalam agama. Cinta
dalam Islam adalah kaedah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah
penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah atau
melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar
bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.

Sayangnya dalam konteks hari ini, cinta yang lahir sarat hawa nafsu dan
menyimpang daripada matlamat yang murni. Saban hari kita didodoikan dengan
lagu cinta dan dipertontonkan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia
khayalan yang merugikan. Malah ramai yang menyalahertikan makna sebenar
cinta, sehingga terdorong melampaui batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

Oleh yang demikian, renungilah sebentar hakikat kehidupan kita di sini.
Sabda Rasullulah s.a.w.: "Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu
sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri." Juga
sabda Rasulullah lagi, "Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka
hendaklah ia mencintai orang lain kerana Allah." (HR Hakim dari Abu
Hurairah).

Tuesday, June 23, 2009

GURINDAM KALAU GURU

Tolonglah Baca kisah guru
Cerita yang baik bolehlah tiru

Kalau guru dating lambat
Masuk ke kelas terhambat-hambat

Kalau guru selalu sakit
Ilmu murid tentu sedikit

Kalau guru tak buat persiapan
Di dalam kelas terpaksa meraban

Kalau guru tak ambil kisah
Murid terbiar tak tentu arah

Kalau guru lambat ke kelas
Murid berpeluang bertindak ganas

Kalau guru banyak berceloteh
Murid mendengar menjadi letih

Kalau guru mengajar duduk
Banyak murid akan mengantuk

Kalau guru banyak masalah
Ramai di sekolah mendapat susah

Kalau guru terlampau garang
Murid takut bukan kepalang

Kalau guru pandai berjenakan
Tentu ramai murid suka

Kalau guru mengajar beralat
Murid belajar penuh minat

Kalau guru guna ICT
Tentu murid bermotivasi

Kalau guru suka menasihat
Murid juga dapat manfaat

Kalau guru berbudi bahasa
Dikenang murid sepanjang masa

Kalau guru suka berdamping
Banyak murid dapat dibimbing

Kalau guru banyak kaedah
Murid dapat banyak faedah

Sekian dulu gurindam saya
Kalau terkena jangan terasa

Yang baik jadikan teladan
Yang buruk buatlah peringatan

Rahsia Lahir Bulan Islam

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna,walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik & selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia x suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat.Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani & nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian & tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras & tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri & bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat & sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat & rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya & mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia x suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, & dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam.Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebih atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
________________________________________
yg lalu akan terus berlalu..... Hidup ini penuh RISIKO, Nak x nak kena Hadapi...

Wanita Itu Cantik

""Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan
untuk menjadi seorang yang istimewa.

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain
menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi
dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang
baik takkan
pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan
menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik.