Sunday, November 23, 2008

PENDIDIKAN & KENEGARAAN

Anak-anak sekolah

Mari kita perhatikan bagaimana anak-anak sekolah di Malaysia kita dididik dengan rasa cinta negara.

1. Perhimpunan (Nyanyian lagu kebangsaan dan bacaan ikrar Rukun Negara)
2. Peperiksaan mata pelajaran Sejarah
3. Sambutan Hari Kebangsaan
4. Program Latihan Khidmat Negara

Nah, dengan hanya masa-masa khusus sebegitu, sedalam mana anak-anak sekolah kita mempunyai rasa sedar kenegaraan?

Anak-anak tadika di AS, awal-awal sudah berlakon teater dengan watak Abraham Lincoln.

APA DAH JADI ???

Sejak kebelakangan ini warga UMNO telah dilanda demam pemilihan diperingkat cawangan atau peringkat akar umbi. Disini akar umbi diberi peluang untuk menentukan siapa dikalangan warga UMNO yang dianggap layak untuk menerajui sayap masing masing diperingkat cawangan. Musim pemilihan telah menampakkan ramai sekali golongan remaja yang menyertai mesyuarat akan tetapi apa yang dipertontonkan kurang memberansangkan. Anak anak remaja yang menyertai mesyuarat kali ini seolah olah tidak memahami erti kata perjuangan UMNO kerna dilihat menyokong membabi buta akan setiap individu yang dicalonkan. Mereka didatangkan seolah olah untuk mencukupkan undi individu yang hendak dicalonkan. Apakah sikap sebegini akan dapat mengujudkan pemimpin yang berkualiti didalam UMNO? Akhirnya maruah tergadai?

Kemanakah hilangnya suara suara pejuang yang lantang menyuarakan pendapat mereka seperti Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris, Za'aba dan lain lain lagi? Warga UMNO sekarang senantiasa akan digempar atau ditakutkan dengan ayat DICANTAS. Jika siapa yang menentang pemimpin maka ianya akan DICANTAS. Saya sungguh kurang faham dengan hal cantas mencantas ini pada mulanya akan tetapi setelah diberi penjelasan oleh mereka mereka yang sudah lam dalam UMNO barulah saya mengerti. Walaubagaimanapun saya tetap tidak dapat menerima dengan hal cantas mencatas ini. Dahulunya saya sendiri pernah menghantarkan beberapa borang permohonan untuk menjadi ahli, malah pernah saya sendiri menyerahkannya kepada seorang ketua pemuda disatu bahagian diKedah akan tetapi keahlian saya entah kemana. Apabila diperiksa, permohonan saya tidak didaftarkan? Saya pun tak tahu kenapa? Hal sebegini tidak sahaja berlaku kepada saya malah ada ramai lagi yang menerima nasib yang sama. Sampai bila teguran didalam UMNO hendak dianggap tentangan saya pun tak tahu.

Akhirnya pru12 mendapat teguran dari kebanyakkan warga negara. Selepas menerima teguran keras dari rakyat maka warga UMNO dan BN disuruh muhasabah diri tapi apabila menjelang musim pemilihan kali ini, muhasabah diri tak diperhiraukan lagi kerna yang penting individu yang dicalonkan akan sanggup melakukan apa saja asal ditempatkan. Apa yang saya lihat sini adalah masalah akar umbi itu sendiri kerna tidak pernah serius dengan hal parti? Contoh, yuran ahli pun tak tahu nak bayar sendiri. Semuanya diharapkan pada ketua cawangan untuk bayar. Apabila datang musim pemilihan mereka yang tidak membayar yuran, tidak akan dibenarkan masuk mesyuarat. Bila tak boleh masuk mesyuarat barulah nak melatah.

Apa yang aneh disini ialah para calon sanggup mengambil ahli ahli baru yang tidak tahu asal usul perjuangan untuk menyokong mereka. Apakah akan jadi pada UMNO jika sikap sebigini terus menerus diamalkan? Jika dahulunya orang berani bersuara didalam UMNO kenapa sekarang tidak? Lidi sebatang akan mudah patah berbanding yang seberkas! Berani kerana benar dan takut kerna salah. UMNO adalah parti yang memperjuangkan keharmonian rakyat Malaysia dan bukan ahli UMNO sahaja. Jika diri kita dimantapkan dengan hal hal keimanan, tak mungkin kita akan mudah diperkotak katikkan orang kerna ikrar kita pada Allah setiap hari ialah ibadahku, hidupku dan matiku segalanya kerna Allah. Janji akan hanya tinggal janji jika kita tidak memahami erti yang dijanjikan. Maka itu moto pertama dalam perjuangan UMNO adalah AGAMA. Hanya dengan jalan memantapkan diri dengan hal keagamaan akan mengukuhkan pendirian diri masing masing.

Apa akan jadi dengan anak anak didalam UMNO jika bapak bapak tidak berani menegak erti pengertian sebenar didalam perjuangan? Matlamat anasir luar adalah untuk melihat orang islam menjadi serba mudur dalam kehidupan. Tidakkah kita lihat dengan apa yang telah berlaku dengan masyarakat islam diseluruh dunia dan kini penyakit perpecahan sesama islam itu sudah mula menular didalam negara kita.

Apabila Kehendak Melebihi Keperluan

Hampir keseluruhan manusia masa kini sudah hilang kefahaman dalam pengurusan hidup sehingga sanggup menggadaikan maruah asal kehendak tercapai. Anak anak adalah ibarat kain putih dan yang mencorak anak anak tersebut adalah kedua ibu bapa dan masyarakat. Persoalan disini, apakah bapak bapak yang wujud dimasa kini memiliki ILMU yang cukup demi membentuk anak anak yang juga akan bakal menjadi bapak bapak yang bakal memimpin masa depan. Jika dilihat pada perihal bapak bapak yang ada sekarang berbanding sebelum merdeka, hampir keseluruhannya gagal digelar tokoh. Kemana hilangnya suara suara tokoh seperti Dato' Onn, Tok Bahaman, Mat kilau, Tok Janggut, Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris, Dato' Za'aba dan lain lain lagi yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyatukan ummah. Orang orang ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi bangsa diatas keyakinan mereka yang begitu teguh terhadap Allah yang bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Mereka ini berdiri teguh dengan yang Maha Esa tidak seperti pemimpin pemimpin yang ada sekarang dimana kehendak mereka itu adalah melebihi apa yang mereka perlukan sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa kerna terlalu mabuk kuasa. Pejuang masa kini tak pernah merasa cukup dengan apa yang telah mereka miliki. Maka itu mereka akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kehendak tercapai. Rakyat juga turut jadi bodoh dengan tindakkan tindakkan para pemimpin apabila menjelang pilihanraya. Rakyat yang langsung tidak memahami akan perjalanan politik yang sedang berleluasa dimana mana. Hanya dengan tipu daya sepanjang sepuluh hari sepanjang kempen pilihanraya sudah cukup untuk mengubah pegangan rakyat.

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menceritakan hal seorang yang kononnya memperjuangkan Islam yaitu saudara Osama Ben Laden. Dengan berita berita yang telah diwarwarkan oleh para pemberita maka kita pun terus percaya bahawa beliau adalah seorang penjihad Islam. Apabila berlaku letupan dimana mana Osama akan dikaitkan dengan hal tersebut. Contohnya pada peristiwa 11 September. Kononnya ia adalah rancangan Osama. Kemudian letup diLondon dimana Osama juga yang menjadi perancang. Cubalah guna sikit akal yang telah dianugerahkan Sang Maha Pencipta pada kita. Janganlah asyik jadi pengikut saja, sekali sekala jadi lah orang yang percaya. Setiap kali mereka menayangkan gambar Osama di TV saya selalu tertanya tanya apakah pemberita pemberita yang ada lebih handal daripada daripada seluruh perisik yang ada dikalangan puak puak yahudi. Susah sungguh nak tangkap Osama tapi pemberita boleh temu ramah Osama. Sampai bila orang Islam hendak ditipu?

Dengar kata kekayaan Osama merupakan tulang belakang Arab Saudi tapi tak pernah dengar Osama bantu negara miskin pun. Dimana ada Osama disitu pasti akan diserang. Tidakkah disini Osama itu dicipta untuk memusnahkan dunia Islam. Disini ingin saya tegaskan bahawa gerakkan puak puak yahudi ini sudah lama berleluasa dalam negara kita. Ingat! matlamat orang yahudi adalah untuk meghancurkan dunia Islam. Cubalah lihat disekalangan pemimpin yang ada dalam negara kita tanpa mengira parti. Renunglah betul betul kedalam mata mereka? Jangan sampai anak cucu kita pula terpaksa mengangkat senjata menentang penjajah zaman moden. Salah satu petanda yang jelas bahawa dakyah yahudi sudah berjaya diserapkan dinegara kita adalah hilangnya maruah dikalangan warga muda dan juga yang tua. Pelbagai alat telah dicipta untuk mempermudahan tugas seharian akan tetapi manusia terpaksa berkerja siang dan malam kerana dakyah kehendak melebihi keperluan sudah menular kedalam setiap jiwa yang ada. Apabila kita mula sibuk sudah pasti kita tidak mempunyai masa untuk menelaah kitab atau mencari ILMU bagi memantapkan IMAN pada diri.

Apabila kita sibuk, maka dengan secara tidak langsung kita akan menjadi seorang pengikut yang tidak pernah memahami apa yang kita ikut. Maka dizaman sekarang ini adalah amat sukar bagi kita untuk mencari orang orang yang beriman(percaya) malah pengikut dapat kita cari dimana mana. Mengucap AKU BERSAKSI PANDAI tapi bila ditanya bila kamu bersaksi dan apa yang perlu ada dalam hal penyaksian maka semua akan diam. Cubalah berhenti sejenak dan berfikir atau bermuhasabah dengan diri. Apa perlu harta yang banyak jika tidak BARKAH? Setiap apa yang kita laksanakan diatas bumi ini adalah semata mata untuk memperoleh ketenangan yang tanpa kita sedari. Janganlah asyik menipi diri sendiri. Dunia ini adalah satu kenyataan dan buka andaian atau sangkaan. Kehidupan adalah suatu hal yang pasti. Maka berpegang teguhlah kau kepada tali Allah kerna sesungguhnya Allah itu tidak pernah menzalimi diri kamu melainkan diri kamu sendiri. FIKIR FIKIR.

Menatang Pauh



syurga bagimu

adalah neraka bagi kami, rakyat

yang telah lima puluh tahun dipasung otaknya

tiap hari dipaksa makan tahi

dari janji, rasuah, dan tipu daya yang kau berak.


mudah kau hantar kami ke neraka

seperti anjing, tulang yang kau tabur adalah

candu-candu yang akan mengkhayalkan kami seratus tahun.


apa label tuan, tidak kami peduli

serban seberkas raga pun kami ditipu hidup-hidup oleh manis mulut

jadikan kami lembu pawah yang dicucuk hidung

dan tiap pagi dijamu rumput kering

yang disalut dadah demokrasi.


kami lama ketagih goyang gerudi

atau susu madu yang gelegak

dan tarian gelek yang terhidang,

hidup ini sementara

biarkan kami hanyut seketika

dan mabok-mabok sendirian

daripada terus-terusan menelan pil politik

yang kau tabur dalam pesta janji itu.

oleh:
mohd dahri zakaria,
kedah.

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?'

Hatim berkata, 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.' Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air'.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.'

Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan':

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmud demi kebaikan, InsyaAlla h Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wa Salam Ukhwah

Hikmah Sujud

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

3- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

4- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

5- Melegakan sakit hernia.

6- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

7- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

8- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa) 7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang Lingkungan bahagian belakang tubuh.

9- Meringankan bahagian PELVIS.

10- Memberi dorongan untuk mudah tidur .

11- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

12- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik(smooth blood circulation).

13- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

14- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

15- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

16- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

17- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompadarah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

18- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapanPencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)