Sunday, May 17, 2009

ASAL USUL LAGU NEGARAKU

Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957. Irama asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan, sebuah lagu yang popular pada masa tu dan merupakan lagu kebangsaan negeri Perak (the state anthem of Perak). Pada masa tu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil komposer terkenal. Komposer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.
Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.
Sebenarnya, irama lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon yang berasal dari ‘Island of Mahe’ di Seychelles, tempat tinggal Sultan Perak suatu masa dahulu. Kumpulan-kumpulan kugiran Perancis selalu membuat persembahan dengan irama ni. Pakar sejarah percaya bahawa lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang mendapat ilham daripada karya para penyair Perancis pada abad ke-19.

No comments: