Sejak bila?
Anjing yang menyalak memberikan kesan kepada bukit??
Atau? Anjing menyalakkan bulldozer yang rakus menarah bukit??
Bukit lembayung Ketuanan Melayu....
Apakah anjing-anjing ini sudah bisa meruntuhkan bukit?
Lantaran keadaan bukit yang semakin rapuh
Rapuh dihakis arus semasa
Yang menggegar dan berbalah sesama sendiri
Kerana kaki bukit yang tidak sefahaman lagi...
Apakah kerana keras kepala
Kita bisa membiarkan sahaja anjing-anjing yang terus-terusan menyalak
menyebabkan bulldozer berani untuk meratakan bukit ini
Atau kaki-kaki bukit bersatu di bawah satu perjuangan
Perjuangan untuk menidakkan kekuatan besi bulldozer...
Apakah kaki-kaki bukit sudah tidak mampu untuk menampung
keutuhan puncak bukit lembayung ketuanan melayu??
Berubahlah wahai kaki-kaki bukit!!!
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment