Sunday, January 17, 2010

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi TV3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood:-


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut
wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan
yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku
padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah
anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan
mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka
itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan
sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan
sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau
mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk
menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju
dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada
fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung
azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu
adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak
tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis
itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun.

INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS
PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP
SESAMA MANUSIA..."

RENUNGAN BUAT YANG INGIN MERENUNG

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN
dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada
Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak
di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana
WAJAH
mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka
KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu
KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang
yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh
asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah
saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai
Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa
(ahli
puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan- kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang
penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu."